Saturday, April 4, 2009

kopi O...


assalamualaikum wbt:
saya baru saja keluar dari kelas anda ni....tahap kesungguhan anda lebih kurang 40% hari ini...tahniah...yang pasti kesungguhan dan minat terhadap belajar ni perlu kita pupuk. teruskan usaha anda supaya kesungguhan dan minat anda menjadi 110%.

HAI..KABARE!!!!


ASSALAMUALAIKUM:

BAGAIMANA DENGAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN STPM 2009? SEDIA??? ATAU BELUM??? SAYA RASA MUSTAHIL KALAU ANDA BERKATA : "YA", SAYA SUDAH AMAT SEDIA.... !!!...SEBAB SEKARANG BULAN APRIL.... KALAU JAWAB "BELUM" LAKUKANLAH SESUATU....MULAI SEKARANG....SEBAB SETIAP KALI JAM BERDETIK...PASTINYA STPM MAKIN HAMPIR. STPM ADALAH PELUANG UNTUK ANDA BUKTIKAN ANDA PELAJAR YANG HEBAT, ANAK YANG HEBAT DAN INSAN YANG BERGUNA KEPADA SEMUA.
PELAJAR-PELAJAR PRA-U MEMANGLAH PERLU LAKUKAN PERLABAGI TUGAS...KENAPA? SEBAB ANDA LAH PELAJAR YANG PALING SENIOR DI SEKOLAH KITA...ANDALAH YANG BOLEH MEMIMPIN DAN ANDALAH PALING LAYAK MEMBANTU GURU-GURU MENGHIDUPKAN SEKOLAH...JADI KITA PERLULAH PANDAI MEMBAHAGIKAN MASA..PANDAI HANDLE KEADAAN YANG KADANG-KADANG AMAT KALUT...INILAH PROSES MEMBENTUK KEPIMPINAN!!! TERUSKAN...DAN SEMOGA ANDA CEMERLANG DALAM STPM DAN KEHIDUPAN. JUMPA LAGI....

Friday, October 17, 2008

INGATAN UNTUK ANDA

Punca utama kelemahan calon-calon STPM pada amatan saya:
1. Kurang bertanya kepada guru tajuk-tajuk yang kurang dikuasai.
2. Tidak terus mengulangkaji tajuk-tajuk yang diajar oleh guru selepas kelas.
3. Latihan perlu berulangkali.
4. Kurang kaitkan teori yang dipelajari dengan kehidupan harian.
Sekian dulu untuk kali ini.....kelemahan telah disenaraikan berdasarkan pengamatan saya...kini...tugas anda untuk menafikan apa yang saya katakan....try ubah semua ini.....InsyaAllah akan ada perbezaan minat anda yang tentunya mendatangkan hasil yang memuaskan.

Thursday, October 16, 2008

SEMUA KITA MAMPU....DAN BOLEH!

MAMPU APA?..... DAN BOLEH APA?.....

1. MAMPU DAN BOLEH MENDAPAT 5A (RUJUK KONSEP KKP.....KEUPAYAAN MAKSIMUM YANG BOLEH DICAPAI).

2. MAMPU DAN BOLEH MENJADI
ANAK YANG MEMBANGGAKAN IBU BAPA.

3. MAMPU MENJADI MURID YANG
MEMBANGGAKAN GURU.

4. JADILAH WARGA
NEGARA YANG DIHORMATI DAN FEEL SOMEBODY.

(USAHA LAH DARI SEGENAP SEGI BAGI MEMASTIKAN KITA BERADA DI ATAS GARIS/KELUK KKP KITA.... USAHA BERTERUSAN)

JoM kiTa rEnuNgkan BerSAma...

Kita dah terbiasa mendengar: "Subjek ekonomi ni susah....susah ooooo....susah nak mampus...peningla..." Macam-macamla ungkapan tentang subjek ekonomi di negatifkan..... tapi apa yang pasti... setiap tahun ada saja calon-calon STPM dapat A dalam subjek ini...betul? Kalau betul susah "nak mampus" tentu seorang pun tak akan dapat A, malahan lebih parah lagi seorang pun tak akan lulus dalam subjek ini....

Kalau la kita tengok...foto di akhbar calon-calon yang mendapat A dalam subjek ekonomi , pastinya kita menyedari....calon tersebut dengan kita tak ada la beza sangat pun. Kenapa dia boleh..?... aku tak boleh? Cuba petua-petua yang sederhana ini...kalau-kalau kita juga boleh dapat A..mana tahu kan? kot-kot ada rezki....
  • Cuba nawaitu belajar kita tu kita ubah dari untuk exam kepada untuk ILMU. Kita akan belajar dalam keadaan lebih santai...dan kurang tekanan. Keputusan A akan datang kemudian.

  • Pastikan setiap topik dan sub-topik yang akan kita pelajari adalah jelas OBJEKTIF nya... kita tahu apa yang kita cari dan nak cari.

  • Kaitkan apa yang kita pelajari tu dengan pengalaman atau pengetahuan harian kita. Sekadar contoh... "apabila harga ikan meningkat.. permintaan ikan akan turun" atau dalam bahasa harian kita... bila mahai beli sikit sudahla cik aiiii..... dari bahasa biasa kita ni cuma diekonomikan menjadi... P meningkat Qd menurun....itu sahaja.

  • Try study dan fikirkan sampai habis...jangan separuh sahaja.. sekadar sebagai contoh: Kenapa..? bila harga meningkat, DD menurun.... dan sebaliknya.... sebab: duit tak banyak sangatla.... (diekonomikan menjadi : masalah kekurangan sumber)....
Cubalah.... fikirkan aksi-aksi ekonomi semudah mungkin..dan pikirkan sampai habis...ingat : aksi-aksi ekonomi ini saling berkaitan....
...hanya sekadar petua yang sederhana dan biasa....SELAMAT MENCUBA......

Wednesday, October 15, 2008

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum...dan selamat pagi...
Kepada semua pelajar-pelajar STPM terutamanya yang mengambil subjek Ekonomi saya ucapkan Selamat Menjawab Dengan Tepat. Semoga semua calon-calon mendapat A.
Sekadar mengingatkan:
1. Apabila di dlm dewan peperiksaan. Tenang dan jangan sekali-kali Gelabah. Tenang. Setenang air di kali.
2. Baca soalan berulangkali...Fahami kehendak soalan yang sebenar. Selalunya, pelajar-pelajar keliru dengan kehendak soalan terutamanya Bahagian C : Esei Panjang. Bahagian B: Esei Ringkas agak direct soalannya.
3. Seperkara yang perlu kita ingat..semua soalan bukanlah bertujuan menggagalkan calon. Itu pasti. Soalan bertujuan menguji penguasaan ilmu ekonomi di kalangan calon.
Itu sekadar pesan saya..untuk anda semua..calon-calon peperiksaan STPM 2008..Good Luck..