Friday, November 12, 2010

macam mana?

assalamualikum..... 
saya ingin bertanya pelajar-pelajar 6R...setakat ni...sejauh mana usaha anda utk stpm tahun 2011?
 kalau saya lihat pada kertas jawapan peperiksaan akhir tahun anda.... bimbang! tapi secara jujur saya ingin katakan...kalau pada penilaian saya (mungkin salah) sebahagian pelajar 6R masih main-main, terhege-hege, tergedik-gedik. yang betul nak belajar tak ramai. yang betul berkelakuan mcm budak tingkatan 6 tak ramai. (elok ubah la....) kelakuan tu tak ke mana. bezakan antara bercakap dgn kawan dan dengan guru. (utk sebahagian pelajar la...) serius nak study!! pulun. tak paham tanya...kurang kan gedik-gedik. saya sendiri cuba layan anda sebagai pelajar ting 6....tapi sebahagian pelajar naik kepala...mcm mana yang saya kata naik kepala:
1. masa belajar tak serius...main-main...banyak gelak..mcm nak p berkelah/rombongan . (takpa kalau jawap exam ok)
2. lena dalam kelas...riak wajah bukan pelajar yang nak belajar...(esp: sebahagian pelajar lelaki)
3. tak tanya walaupun tak paham....
4. naik kepala....(ikhlas saya bagi tau : kadang-kadang saya amattttt sakit hati).....(tanyalah diri sendiri....anda  dok kat mana? jenis mcm mana masa belajar)
# NOVEMBER TAHUN 2011, TAK LAMA DAH.....TOLONGLA JANGAN BAGI KETINGGALAN..KALAU KETINGGALAN...PULUN SUPAYA SAMA DENGAN KAWAN.
#     BERKELAKUANLAH MCM PELAJAR PRA-UNIVERSITI......good luck....ipta menanti anda!!!

Wednesday, November 10, 2010

assalamualaikum

lama sungguh laman ni tak diconteng...maaf.
sekadar pesanan biasa kepada anak-anak didik saya:

Pra-U2 : 1. Examdah dekat jadi bagilah 110% tumpuan kepada study ( stopla segala aktiviti
lain...yang ada cuma : makanminum/bacabuku/tdo...itu saja...lain2 xtvt...stoppppppp!)
2. Terusterusan berdoa....
3. Jaga keselamatan + kesihatan...
4. Tenang...jangan gelabah puyuh..tenang dan terus melangkah.
saya doakan anda semua berjaya...amin

Tuesday, November 17, 2009

ASSALAMUALAIKUM.....

KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR SMKMD, SAYA DOAKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM....SAYA SENTIASA MENDOAKAN ANDA DAPAT MENJAWAB DENGAN BAIK BAGI MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG CEMERLANG. JADILAH ANAK YANG MEMBANGGAKAN AYAH IBU DAN MURID YANG MEMBAHAGIAKAN GURU.
BRAVOOOO.........
pekerizi ,
18/11/09..
jitra, kedah.

Saturday, April 4, 2009

kopi O...


assalamualaikum wbt:
saya baru saja keluar dari kelas anda ni....tahap kesungguhan anda lebih kurang 40% hari ini...tahniah...yang pasti kesungguhan dan minat terhadap belajar ni perlu kita pupuk. teruskan usaha anda supaya kesungguhan dan minat anda menjadi 110%.

HAI..KABARE!!!!


ASSALAMUALAIKUM:

BAGAIMANA DENGAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN STPM 2009? SEDIA??? ATAU BELUM??? SAYA RASA MUSTAHIL KALAU ANDA BERKATA : "YA", SAYA SUDAH AMAT SEDIA.... !!!...SEBAB SEKARANG BULAN APRIL.... KALAU JAWAB "BELUM" LAKUKANLAH SESUATU....MULAI SEKARANG....SEBAB SETIAP KALI JAM BERDETIK...PASTINYA STPM MAKIN HAMPIR. STPM ADALAH PELUANG UNTUK ANDA BUKTIKAN ANDA PELAJAR YANG HEBAT, ANAK YANG HEBAT DAN INSAN YANG BERGUNA KEPADA SEMUA.
PELAJAR-PELAJAR PRA-U MEMANGLAH PERLU LAKUKAN PERLABAGI TUGAS...KENAPA? SEBAB ANDA LAH PELAJAR YANG PALING SENIOR DI SEKOLAH KITA...ANDALAH YANG BOLEH MEMIMPIN DAN ANDALAH PALING LAYAK MEMBANTU GURU-GURU MENGHIDUPKAN SEKOLAH...JADI KITA PERLULAH PANDAI MEMBAHAGIKAN MASA..PANDAI HANDLE KEADAAN YANG KADANG-KADANG AMAT KALUT...INILAH PROSES MEMBENTUK KEPIMPINAN!!! TERUSKAN...DAN SEMOGA ANDA CEMERLANG DALAM STPM DAN KEHIDUPAN. JUMPA LAGI....

Friday, October 17, 2008

INGATAN UNTUK ANDA

Punca utama kelemahan calon-calon STPM pada amatan saya:
1. Kurang bertanya kepada guru tajuk-tajuk yang kurang dikuasai.
2. Tidak terus mengulangkaji tajuk-tajuk yang diajar oleh guru selepas kelas.
3. Latihan perlu berulangkali.
4. Kurang kaitkan teori yang dipelajari dengan kehidupan harian.
Sekian dulu untuk kali ini.....kelemahan telah disenaraikan berdasarkan pengamatan saya...kini...tugas anda untuk menafikan apa yang saya katakan....try ubah semua ini.....InsyaAllah akan ada perbezaan minat anda yang tentunya mendatangkan hasil yang memuaskan.

Thursday, October 16, 2008

SEMUA KITA MAMPU....DAN BOLEH!

MAMPU APA?..... DAN BOLEH APA?.....

1. MAMPU DAN BOLEH MENDAPAT 5A (RUJUK KONSEP KKP.....KEUPAYAAN MAKSIMUM YANG BOLEH DICAPAI).

2. MAMPU DAN BOLEH MENJADI
ANAK YANG MEMBANGGAKAN IBU BAPA.

3. MAMPU MENJADI MURID YANG
MEMBANGGAKAN GURU.

4. JADILAH WARGA
NEGARA YANG DIHORMATI DAN FEEL SOMEBODY.

(USAHA LAH DARI SEGENAP SEGI BAGI MEMASTIKAN KITA BERADA DI ATAS GARIS/KELUK KKP KITA.... USAHA BERTERUSAN)