Monday, March 10, 2014

MH370...........KEHEBATAN DAN KEEGOAN MANUSIA TERCABAR.........

Wednesday, July 31, 2013

raya...raya..raya

SELAMAT TINGGAL ROMADHON KAREEM...SELAMAT DATANG SYAWAL..SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA....
sambil-sambil raya.....sambil makan ketupat bahulu bihun sup...sambil-sambil cucuh mercun bola...sambil-sambil menayang baju baru....try la jawap soklan ini naaaaa.....

1. Berdasarkan rajah dan contoh yang sesuai terangkan: 
        i.  Dasar harga maksimum    [5]
       ii.  Dasar harga minimum       [5]
2.   Terangkan secara ringkas tentang:
      a)  i.  firma         ii.   industri         iii.  input tetap      iv.   input berubah
      b)  i. jumlah keluaran     ii.  keluaran purata      iii.  keluaran sut   

Try jawap....jawapan semua ada ....dalam buku.....buka sekolah kita bincang......






Monday, July 22, 2013

selamat berpuasa.....dan selamat periksa dan selamat hari raya......untuk student sem 1 dan sem 3 dan untuk semua warga smk megat dewa

Monday, March 11, 2013

assalamualaikum:
result khabarnya akan diumumkan 18/3/2013.....dua-dua. STPM lama dan STPM baharu. Good Luck
 1. untuk semua. untuk yang masih dibangku sekolah STPM baharu dan juga untuk yang dah tinggal bangku sekolah STPM lama....cuba try tengok.....senaraikan 5 kelebihan kita..dan...senaraikan 5 kelemahan kita. Try try try....
2.  bila result keluaq ni maka berbondong2 la para pelajar akan masuk uni...ada antaranya yang masuk universiti dan ada juga yang masuk unisex saloon..buat rambut sbb nak naik pelamin. Apapun Good Luck.
3. yang pasti ada yang akan jadi cikgu...minta la univ mana pun..kebanyakan ada course cikgu. Bila dah habis study jd cikgu maka ada rezki jadilah cikgu..kerjaya mulia khabarnya cikgu ni....apapun Good Luck semua.....

Tuesday, August 28, 2012

Tu...diaaaaa!!!!

Assalamualaikum....musim demam telah tiba..demam exam...dekat.....makin dekattt....makinnnnn dekattt......exam makin dekat.....makinnn dekat....seperti yang saya kata sebelum ini..putaran terus berputar. sampai masa...bangun pagi....siap-siap...masuk bilik peperiksaan. 
Tahun 2013....nanti...bersiap-siap datang ke SMKMD ambik result. Yang dapat elok...apply univ..yang kurang elok pun apply sbb kawan-kawan apply dan sbb dah beli PIN number. Bulan 8..semak kat online..dapat ka tak dapat? Yang result kurang elok pun semak ...sbb dah apply....kot kot sangkut..
Apa yang saya tengok ...trend terbaru..ramai juga calon-calon yang memohon utk jd cikgu...agak hot la course cikgu ni...apply ..apply ..jangan tak apply...
Sewaktu saya menulis ni..tengah trial (Sejarah 2 : 9.33 hingga 12.33) : Tahniah kepada yang jawap betul-betul...yang pulun, yang bersungguh-sungguh. Tahniah. Apa yang saya hairan..ada juga yang tdoqqq...(sebenarnya agak ramai). Seolah-olah tdoqqqqq amat penting..kalau tak tdoq  dalam masa ni (9.33-12.33) kemungkinan membawa maut...takuttt aihhhh..tdoq tdoq tdoq....ikhlas saya katakan...saya kecewa tengok itu semua.
Pikirkan sendiri..apa yang penting ..apa yang patut....ampun...

Sunday, July 29, 2012

selamat berpuasa....dan selamat haari raya...semoga semua bahagia....

Friday, December 16, 2011

PUTARAN KEHIDUPAN

     Sedar tak sedar....kehidupan kita dikelilingi dengan benda-benda yang berputar. Lihat roda kereta, motosikal, basikal (satu fenomena sekarang ni anak-anak muda mengayuh basikal ke hulu dan ke hilir), kipas angin juga berputar, blender lagi laju berputar, mesin basuh,mary-go-round....kalau kita nak senaraikan benda-benda yang berputar ni....pasti kepala kita juga akan turut berputar. Itulah kehidupan. 
      14hb Disember 2011, tarikh keramat...Peperiksaan STPM tamat! Maksudnya bagi pelajar-pelajar T6, 2011...tiada lagi kemanisan sebagai pelajar sekolah....tiada lagi bangun pagi mandi, pakai uniform, hulur tangan ambik elaun harian dari ibubapa, perhimpunan, leteran guru-guru, berebut di kantin sekolah....dan macam-macam lagi. Semakin hari dan semakin lama semua tu akan menjadi kenangan manis kepada semua. Apa yang boleh kita lakukan? Hanya boleh memanggil semua cerita itu dalam ingatan dan dalam kenangan yang akan menjadi "kenangan manis" buat kita semua. Tiada apa yang boleh kembalikan saat-saat itu, kenangan-kenangan itu dalam keadaan sebenar......tetap kekal sebagai kenangan. Sebab...itulah putaran kehidupan.
1.  KEPADA PELAJAR-PELAJAR T6 (sekarang telah menjadi "bekas") JADILAH WARGA MALAYSIA YANG BAIK, JADILAH ANAK YANG BAIK, JADILAH SEGALA YANG BAIK-BAIK SEMOGA ANDA SEMUA AKAN BERJAYA DALAM HIDUP DAN MATI....SEMOGA PUTARAN KEHIDUPAN ANDA SEMUA LICIN DAN PENUH BAHAGIA...
2. KEPADA PELAJAR-PELAJAR T6 (2012) SELAMAT DATANG KEPADA DUNIA BARU...DUNIA T6ATAS YANG LEBIH MENCABAR DAN LIGAT PUTARANNYA...SELAMAT DATANG.