Friday, December 16, 2011

PUTARAN KEHIDUPAN

     Sedar tak sedar....kehidupan kita dikelilingi dengan benda-benda yang berputar. Lihat roda kereta, motosikal, basikal (satu fenomena sekarang ni anak-anak muda mengayuh basikal ke hulu dan ke hilir), kipas angin juga berputar, blender lagi laju berputar, mesin basuh,mary-go-round....kalau kita nak senaraikan benda-benda yang berputar ni....pasti kepala kita juga akan turut berputar. Itulah kehidupan. 
      14hb Disember 2011, tarikh keramat...Peperiksaan STPM tamat! Maksudnya bagi pelajar-pelajar T6, 2011...tiada lagi kemanisan sebagai pelajar sekolah....tiada lagi bangun pagi mandi, pakai uniform, hulur tangan ambik elaun harian dari ibubapa, perhimpunan, leteran guru-guru, berebut di kantin sekolah....dan macam-macam lagi. Semakin hari dan semakin lama semua tu akan menjadi kenangan manis kepada semua. Apa yang boleh kita lakukan? Hanya boleh memanggil semua cerita itu dalam ingatan dan dalam kenangan yang akan menjadi "kenangan manis" buat kita semua. Tiada apa yang boleh kembalikan saat-saat itu, kenangan-kenangan itu dalam keadaan sebenar......tetap kekal sebagai kenangan. Sebab...itulah putaran kehidupan.
1.  KEPADA PELAJAR-PELAJAR T6 (sekarang telah menjadi "bekas") JADILAH WARGA MALAYSIA YANG BAIK, JADILAH ANAK YANG BAIK, JADILAH SEGALA YANG BAIK-BAIK SEMOGA ANDA SEMUA AKAN BERJAYA DALAM HIDUP DAN MATI....SEMOGA PUTARAN KEHIDUPAN ANDA SEMUA LICIN DAN PENUH BAHAGIA...
2. KEPADA PELAJAR-PELAJAR T6 (2012) SELAMAT DATANG KEPADA DUNIA BARU...DUNIA T6ATAS YANG LEBIH MENCABAR DAN LIGAT PUTARANNYA...SELAMAT DATANG.

Monday, March 28, 2011

HELLO...

nak masuk universiti? ....nak dapat A ekonomi stpm? .....apa yang saya boleh bantu??

Sunday, March 20, 2011

PETANDA POSITIF

ASSALAMUALIKUM,
Saya lihat ada perkembangan positif di kalangan beberapa pelajar...nampak dah mula berminat dengan EKO..(sebilangan..saya nak semua!!!) Teruskan..tambahkan minat tu..yang masih kelabu-kelabu asap tu...jommm...kita mulakan jangan berlengah (sementara masih ada waktu....). 
(((((((EKONOMI SUSAH)))))))
Itulah kalimat keramat yang selalu kedengaran.....tapi cuba pikirkan....susah mmg susah..tapi ramai juga yang dapat Prinsipal A. Dan. Yang dapat Prinsipal A tu..tidak ada seorg pun yang tertulis didahi mereka sejak dilahirkan........"A ekonomi STPM"....jadi mereka sama dgn kita  sahaja...sama...cuma bezanya ..USAHA...jadi jommmm kita usahakan supaya kita semua dapat A juga. Saya berjanji dgn ikhlas dan suci hati..akan usahakan supaya anda semua dapat A. Dengan syarat...anda mahu dan yakin BOLEH....jommm...teruskan usaha...BACA+PAHAM+LATIHAN+DOA (dgn ikhlas dan suci hati) InsyaALLAH......Amin.


Sunday, March 6, 2011

Bravo......Bro!!!

1. Senaraikan dan huraikan dengan lengkap 5 kegunaan data pendapatan negara.
2. Senaraikan dan huraikan dengan lengkap 5 masalah dalam membandingkat tingkat kemakmuran.
3. Senaraikan dan huraikan dengan lengkap 5 perhitungan pendapatan negara.
 (Jawapan dalam kertas peperiksaan/foolscap paper.....deadline : 10/Mac/2011)..do it by ur    
  group.....anyone can leave ur comment here.....!!!! TQVM

Saturday, January 22, 2011

mula la... leteran biasa

assalamualaikum
exam makin dekat...jadi :
1. kurangkan hiburan-hiburan
2. kurangkan kadar gedik
3. ligan cikgu...tanya la apa2 yang tak paham
4. pikirkan...kalau kita gagal..ramai ke org akan sedih/menangis?
5. saya doakan anda semua jadilah anak yang membahagiakan ibubapa dan murid yang membanggakan guru
6. bravoooooooooooooooooooooo........