LATIHAN :
KEANJALAN SS dan CAMPURTANGAN KERAJAAN.
1. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan
penawaran. [10]
2. "Seorang penjual yang ingin menambahkan jumlah hasil perlu meningkatkan tingkat harga barang yg dijualnya". Bincangkan .
3. Andaikan fungsi DD dan fungsi SS bagi sejenis barang adalah
seperti berikut :
Qd = 450 - 25P
Qs = 100P - 300
a. Bentukkan jadual menunjukkan hubungan harga dengan Qd dan Qs pada tingkat harga RM4, RM6, RM8, RM10, RM12 dan RM14. [3]
b. Hitung kenjalan DD dan SS apabila harga jatuh daripada RM10 ke RM8. [4]
c. Andaikan pendapatan individu ini telah meningkat daripada RM1500 ke RM2000, Qd bagi barang tersebut berubah
daripada 300 unit kepada 225 unit:
daripada 300 unit kepada 225 unit:
i. Berapakah keanjalan permintaan pendapatan? [2]
ii. Apakah jenis barang tersebut? Kenapa? [1]
4. Berdasarkan rajah yang sesuai terangkan kesan kepada
keseimbangan pasaran apabila :
a. Kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar. [5]
b. Kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar. [5]
5. Berdasarkan rajah dan contoh yang sesuai terangkan kesan
kepada keseimbangan pasaran apabila :
a. Kerajaan melaksanakan Dasar Harga Maksima. [5]
b. Kerajaan melaksanakan Dasar Harga Minima . [5]
pulun la oiiii pulun... mu dok tunggu apa lagi la oiii