Friday, December 16, 2011

PUTARAN KEHIDUPAN

     Sedar tak sedar....kehidupan kita dikelilingi dengan benda-benda yang berputar. Lihat roda kereta, motosikal, basikal (satu fenomena sekarang ni anak-anak muda mengayuh basikal ke hulu dan ke hilir), kipas angin juga berputar, blender lagi laju berputar, mesin basuh,mary-go-round....kalau kita nak senaraikan benda-benda yang berputar ni....pasti kepala kita juga akan turut berputar. Itulah kehidupan. 
      14hb Disember 2011, tarikh keramat...Peperiksaan STPM tamat! Maksudnya bagi pelajar-pelajar T6, 2011...tiada lagi kemanisan sebagai pelajar sekolah....tiada lagi bangun pagi mandi, pakai uniform, hulur tangan ambik elaun harian dari ibubapa, perhimpunan, leteran guru-guru, berebut di kantin sekolah....dan macam-macam lagi. Semakin hari dan semakin lama semua tu akan menjadi kenangan manis kepada semua. Apa yang boleh kita lakukan? Hanya boleh memanggil semua cerita itu dalam ingatan dan dalam kenangan yang akan menjadi "kenangan manis" buat kita semua. Tiada apa yang boleh kembalikan saat-saat itu, kenangan-kenangan itu dalam keadaan sebenar......tetap kekal sebagai kenangan. Sebab...itulah putaran kehidupan.
1.  KEPADA PELAJAR-PELAJAR T6 (sekarang telah menjadi "bekas") JADILAH WARGA MALAYSIA YANG BAIK, JADILAH ANAK YANG BAIK, JADILAH SEGALA YANG BAIK-BAIK SEMOGA ANDA SEMUA AKAN BERJAYA DALAM HIDUP DAN MATI....SEMOGA PUTARAN KEHIDUPAN ANDA SEMUA LICIN DAN PENUH BAHAGIA...
2. KEPADA PELAJAR-PELAJAR T6 (2012) SELAMAT DATANG KEPADA DUNIA BARU...DUNIA T6ATAS YANG LEBIH MENCABAR DAN LIGAT PUTARANNYA...SELAMAT DATANG.